Wednesday, March 25, 2020

Kakak

kakak,
aku mendengar cerita tentangmu
apa benar yg sedang kudengar ini kakak?
bukankah kau perempuan yg hebat?
bukankah semua org sayang padamu?
bukankah semua lelaki sayang padamu?
bukankah semua lelaki mudah jatuh suka padamu?
mengapa begini kakak?

aku masih tak mahu mendengarimu
aku tak mahu berhubung denganmu
aku masih sakit hati
kau selalu buruk sangka terhadapku
kau mudah mengatakan bahawa aku cemburu denganmu
padahal kebahagiaanmu adalah keselesaanku
aku cuma tak mahu mendengar engkau disakiti lelaki
makin kita berusia, makin kita selalu bertelingkah
kau suka berbohong
kau tidak jujur

kakak,
bukan aku cemburu melihat kau bersama dengan lelaki-lelaki itu
tapi firasatku mampu membaca mereka
fikiranku mampu mengatakan bahawa mereka bukan org yg baik-baik
jadi sekarang apa yg kau lihat?
mereka mengambil kesempatan ke atas kehidupanmu
mereka mencuri barang dari dalam keretamu sendiri
mereka menggadaikan cincin emas yang engkau punya
mereka mempergunakanmu untuk kesenangan mereka
mereka hanya inginkan keretamu
kereta mereka di mana, kakak?
sering saja kau menuduhku cemburu!
kau mengadu kepada mereka bahawa aku cemburu melihat kau disayangi lelaki
itu sama sekali tidak benar

aku juga mampu hidup sendiri sepertimu kakak
aku juga mampu memiliki lelaki yang aku suka
kuakui bahawa hidupku tak sesenang hidupmu
perwatakan kita juga berbeza

tapi mengapa kau sering buruk sangka terhadapku?
aku terkilan, kakak
di usiaku begini, aku jadi terfikir, apakah selama ini engkau yang mencemburui hidupku?
kau cemburu melihat kemewahanku?
kau cemburu melihat hidupku bersama lelaki-lelaki?

kakak,
tahukah engkau bahawa aku juga sering disakiti lelaki?
kau cuma melihat yang indah-indah tentangku
hanya kerna aku tak pernah berkongsi rasa dukaku bersamamu?
untuk apa? untuk meminta simpatimu?
sedangkan keluarga juga tahu bahawa aku tak pernah bersedih
aku tak sesenangmu kakak

kau mampu ke sana ke mari dengan keretamu
sedangkan aku?
untuk pulang ke rumah mak pun aku tak mampu
aku yang sebenarnya selalu terasing
aku selalu saja di pilihan terakhir

kakak,
aku jadi menyesal kerna pernah berkongsi cerita-cerita indahku kepadamu
aku jadi menyesal kerna pernah memberitahumu tentang kebahagiaanku bersama lelaki
aku jadi menyesal kerna aku pernah menceritakan kehebatan mereka menjagaku
aku menyesal kerna berkongsi kisahku denganmu
aku menyesal kerna kau telah mengetahui setiap hadiah yang aku terima daripada setiap lelaki
kerna rupa-rupanya kau cemburu, ya kakak?
kau tidak menumpang senang atau gembira, bukan?
apa tafsiranku salah, kakak?
apa kau tidak menyebelahiku?


No comments:

Post a Comment