Friday, March 20, 2020

Pengkhianat

sial
cukup sial
kufikir selama ini pengkhianatan hanya berlaku dalam persahabatan
atau hanya berlaku dalam hubungan percintaan
tetapi tidak
pengkhianatan juga berlaku dlm hubungan adik-beradikku sendiri

siapa yang mengkhianat?
kakakku sendiri
kakakku mengkhianati aku
kakakku yang tak kusangka2 masih berhubung dengan bekas kekasihku sendiri
aku tak mahu menyalahkan jantan itu
pertama sekali kakakku
apakah kakakku tak memahami isi jantungku?
apakah kakakku tidak tahu luka di sanubariku?
atau kakakku sendiri terlalu bodoh untuk memahami perasaan org lain?
pedih
sakit
hatiku seperti disiat-siat dengan pisau pembunuh
air mataku menitis terlalu laju seperti tak mahu berhenti
dadaku terlalu sakit menahan tangisan

memang Tuhan nak tunjuk kepadaku
bahawa mereka saling berhubung
bahawa aku tak sepatutnya berbaik-baik dahulu dengan kakakku
bahawa aku tak perlu kembali percaya terlalu awal
bahawa mereka masih mesra seperti dahulu
arghh!!
sesial apa perasaan ini?
aku terlalu kecewa
kekecewaan demi kekecewaan menimpa hidupku
mengapa seorang kakak sanggup melakukan perkara sekejam ini?
walhal dia adalah darah dagingku!

celakalah bekas kekasihku itu
sudahlah tak dapat aku
mencuba pula mendapatkan kakakku
apakah dia lupa 5 tahun setiaku hanya padanya ketika dulu?

sungguh aku bersedih
bersedih setelah mendapat tahu tentang perkara ini
kakakku sendiri mengkhianatiku
bukan mengkhianati orang lain
tapi mengkhianati kepercayaan adiknya sendiri
kakakku telah mengkhianatiku

No comments:

Post a Comment